masuk lah...

...perjalanan ini sungguh memenatkan dan meletihkan. Terlalu banyak cabaran dan dugaan di sepanjang jalan. Aku memerlukan pemandu untuk sampai ke destinasi yang dituju. Al-Quran dan Al-Sunnah lah panduanku...

Bantulah aku dalam meneruskan perjalanan yang jauh ini, dan pandulah daku pada jalan yang hakiki. Terima kasih kepada semua yang sudi melawatku dan setia menemaniku di sepanjang perjalanan ini.

Saturday, September 12, 2009

Cintaku

Hari ini sudah masuk hari yang ke 22 Ramadhan, sungguh pantas masa berlalu. Ini bermakna masih berbaki 8 hari lagi untuk aku mengumpul pahala-pahala yang dijanjikan buat bekalan nanti. Aku menghitung hari-hari lalu,21 hari yang lepas, sangat kurang amalanku lakukan. Solat taraweh tidak penuh, ngaji al-quran tidak selalu, masih banyak lagi juzuknya yang perlu dihabiskan untuk khatam dalam bulan Ramadhan ni. Sempat tak habis ni? ya Allah, bantulah hambamu ini dalam mengingatimu dan melakukan amal ibadah...

اللَّهُمَّ أَعِنِّي عَلَى ذِكْرِكَ وَشُكْرِكَ وَحُسْنِ عِبَادَتِكَ

Amalan kurang bermakna pahala pun berkurang. Aku menghitung lagi, rupanya bukan sahaja pahala kurang, tetapi dosa pulak semakin bertambah. Terlalu banyak kejahatan dan maksiat yg aku lakukan dalam bulan yang berkat ini. Walaupun bulan ini syaitan-syaitan dibelengu, tetapi aku kalah pada hawa nafsu, aku tidak tahan dengan godaanya. Sangat banyak dosa2 aku!!!ya Allah ampunilah hambamu ini...

اللَّهُمَّ إِنَّكَ عُفُوٌّ كَرِيمٌ تُحِبُّ الْعَفْوَ فَاعْفُ عَنِّي

Aku hamba yang sangat lemah. Aku akan cuba untuk melawan segala godaan nafsu ini. Akan aku tinggalkan maksiat-maksiat semuanya itu. Dan aku cuba untuk sentiasa melaksanakan amalan-amalan ibadah. Semuanya ini perlukan kepada istiqamah dan semangat yang tinggi, hanya daripada Allah sahajalah aku memohon bantuan dan kekuatan.

Alhamdulillah, selepas solat subuh tadi aku diberi kekuatan oleh Allah untuk bersama dengan beberapa orang sahabat dalam kumpulan tadaruus al-Quran. Hatiku cukup tenang apabila mendengar setiap ayat-ayat al-Quran dibaca. Kalam Allah yang sangat indah membuatkan aku semakin sayang dan rindukan Allah. Ya Allah, kaulah cintaku yang hakiki.

0 teguran dan nasihat: