masuk lah...

...perjalanan ini sungguh memenatkan dan meletihkan. Terlalu banyak cabaran dan dugaan di sepanjang jalan. Aku memerlukan pemandu untuk sampai ke destinasi yang dituju. Al-Quran dan Al-Sunnah lah panduanku...

Bantulah aku dalam meneruskan perjalanan yang jauh ini, dan pandulah daku pada jalan yang hakiki. Terima kasih kepada semua yang sudi melawatku dan setia menemaniku di sepanjang perjalanan ini.

Saturday, September 19, 2009

Selamat Hari raya Aidilfiri...


Dapatkan Mesej Bergambar di Sini

bacalah lagi... ..

Wednesday, September 16, 2009

kahar tak puasa

Setelah lama menyembunyikan diri, akhirnya Abdul Kahar yang mengaku sebagai rasul melayu berjaya ditangkap. yang lucunya, dia ditangkap tak puasa, sedang makan sambil menonton television.

Semasa dalam persembunyian, kahar masih lagi aktif berdakwah secara online, dengan menggunakan blog http://messengerofgodtoday.blogspot.com/. Sekarang blog ini telah berjaya dihapuskan. Tahniah kepada mujahidin geng26 cybertrooper. Semoga jihad anda semua dirahmati Allah..


'Rasul Melayu' tidak puasa semasa ditangkap - Pengarah JAIS

HAH ALAM: Pengamal ajaran sesat yang mengaku dirinya 'Rasul Melayu', Abdul Kahar Ahmad sedang makan sambil menonton televisyen ketika ditangkap oleh pegawai-pegawai Jabatan Agama Islam (JAIS) Selangor pagi tadi.

Pengarah JAIS, Datuk Mohammed Khusrin Munawi ketika mendedahkan demikian juga berkata, Abdul Kahar cuba melarikan diri ketika serbuan dibuat kira-kira pukul 9.45 pagi tadi di sebuah rumah dekat Sungai Long, Kajang.

"Semasa kita nak tangkap, dia tengah makan, tengok televisyen, bila kita nak tahan dia cuba nak lari, tapi kita berjaya kepung... Rasul Melayu pun tak puasa," katanya dalam sidang media di sini hari ini.

Abdul Kahar, 59, berjaya ditangkap setelah usaha memburunya dilakukan sejak Isnin lalu berdasarkan maklumat orang awam.

Sumber - mStar Online

bacalah lagi... ..

Tuesday, September 15, 2009

Malas...

Entah kenapa hari ni rasa malas je nak buat kerja, sedangkan masih banyak kerja yang perlu diselesaikan, tugas berlambak-lambak mintak dipercepatkan siapnya.

Itu kerja dunia. Amal-amal untuk bekal akhirat nanti, lagilah aku tinggal macamtu je. Hish...apa dah nak jadi kat diri aku ni? "Mungkin sebab diri yang kurang sihat ini, dengan selsema masih tak hilang semenjak 4 hari lalu", kata hati. Itu alasan je!!! sebelum ni pun, kalau badan sihat, segar megar, kerja pun tak buat jugak, bertangguh-tangguh.

Ni lah sikap aku sejak dulu lagi, malas dan suka tangguh kerja, bila lah aku nak berubah? Berubah untuk mengubah.


Wahai hati, ingatlah akan firman Allah ini :


ذَلِكَ بِأَنَّ اللَّهَ لَمْ يَكُ مُغَيِّرًا نِعْمَةً أَنْعَمَهَا عَلَى قَوْمٍ حَتَّى يُغَيِّرُوا مَا بِأَنْفُسِهِمْ وَأَنَّ اللَّهَ سَمِيعٌ عَلِيمٌ

(balasan) Yang demikian itu, ialah kerana Sesungguhnya Allah tidak akan mengubah sesuatu nikmat Yang telah dikurniakanNya kepada sesuatu kaum sehingga mereka mengubah apa Yang ada pada diri mereka sendiri. dan (ingatlah) Sesungguhnya Allah Maha Mendengar, lagi Maha mengetahui. (al-Anfal : 53)


لَهُ مُعَقِّبَاتٌ مِنْ بَيْنِ يَدَيْهِ وَمِنْ خَلْفِهِ يَحْفَظُونَهُ مِنْ أَمْرِ اللَّهِ إِنَّ اللَّهَ لَا يُغَيِّرُ مَا بِقَوْمٍ حَتَّى يُغَيِّرُوا مَا بِأَنْفُسِهِمْ وَإِذَا أَرَادَ اللَّهُ بِقَوْمٍ سُوءًا فَلَا مَرَدَّ لَهُ وَمَا لَهُمْ مِنْ دُونِهِ مِنْ وَالٍ

Bagi tiap-tiap seorang ada malaikat penjaganya silih berganti dari hadapannya dan dari belakangnya, Yang mengawas dan menjaganya (dari sesuatu bahaya) Dengan perintah Allah. Sesungguhnya Allah tidak mengubah apa Yang ada pada sesuatu kaum sehingga mereka mengubah apa Yang ada pada diri mereka sendiri. dan apabila Allah menghendaki untuk menimpakan kepada sesuatu kaum bala bencana (disebabkan kesalahan mereka sendiri), maka tiada sesiapapun Yang dapat menolak atau menahan apa Yang ditetapkanNya itu, dan tidak ada sesiapapun Yang dapat menolong dan melindungi mereka selain daripadanya. (ar-Ra'd : 11)


Wahai diri, berubahlah untukmu sendiri dan Ummah semuanya.


Ya Allah, bantulah hambamu yang lemah ini...

bacalah lagi... ..

Monday, September 14, 2009

LAILATUL QADAR


Tulisan : al-Fadhil Ustaz Nasrudin Hasaan at-Tantawi

LAILATUL QADAR
Mencari Kemuliaan Taqarrub

Firman Allah swt :

1. Sesungguhnya Kami telah menurunkan (Al-Quran) ini pada malam Lailatul-Qadar,

2. Dan apa jalannya Engkau dapat mengetahui apa Dia kebesaran malam Lailatul-Qadar itu?

3. Malam Lailatul-Qadar lebih baik daripada seribu bulan.

4. Pada malam itu, turun malaikat dan Jibril Dengan izin Tuhan mereka, kerana membawa Segala perkara (yang ditakdirkan berlakunya pada tahun Yang berikut);

5. Sejahteralah malam (yang berkat) itu hingga terbit fajar!

( Surah al Qadar . Ayat : 1 – 5 )


Malam yang dikenali sebagai “Lailatul Qadar” adalah merupakan malam terbaik bahkan malam yang paling mulia disediakan oleh Allah ‘semalam dalam tempoh setahun’ .

Sabda Rasulullah saw :[1]

وَ مَنْ قَامَ لَيْلَةَ اْلقَدْرِ إِيْمَانًا وَ احْتِسَابًا غُفِرَ لَهُ مَا تَقَدَّمَ مِنْ ذَنْبِهِ .

“ dan barangsiapa yang mendirikan ( ibadah ) pada malam lailatul Qadar dengan penuh keimanan dan penghayatan ( mengharapkan redho Allah ) nescaya diampunkan baginya segala dosa – dosanya yang telah lalu.”

( Riwayat Imam Bukhari dan Imam Muslim )

Al Imam an Nawawi rhm menyebut [2]: “ Lailatul Qadar adalah seafdhal – afdhal malam di dalam setahun. Barangsiapa yang mengadakan ibadah ( qiamullail ) pada malam Lailatul Qadar sekalipun ia tidak diberi taufiq untuk menyaksikan alamat – alamat Lailatul Qadar , nescaya ia dibalas dengan balasan yang tersebut.”

Rebutlah Peluang Taqarrub ini.

Setiap individu muslim yang menyertai Madrasah atau University of Ramadhan ini , sangat dituntut untuk mencari dan mendapatkan kelebihan malam Lailatul Qadar ini . Ia menjadi sunnah nabi kita Muhammad saw. dan juga menjadi amalan dan rebutan para salafussoleh untuk mendekatkan diri kepada Allah swt. Rasulullah saw pernah bersabda :[3]

عَنْ عَائِشَةَ رَضِىَ اللهُ عَنْهَا قَالَتْ : كَانَ رَسُوْلُ اللهِ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَ سَلَّمَ يُجَاوِرُ فِي اْلعَشْرِ اْلأَوَاخِرِ مِنْ رَمَضَانَ وَ يَقُوْلُ : تَحَرُّوْا لَيْلَةَ اْلقَدْرِ فِي اْلعَشْرِ اْلأَوَاخِرِ مِنْ رَمَضَانَ .

“ daripada A’isyah Rha berkata : Adalah rasulullah saw. selalu beriktikaf pada sepuluh akhir Ramadhan dan baginda saw. bersabda ; Rebutlah bersungguh – sungguh peluang untuk mendapatkan Lailatul Qadar pada malam – malam sepuluh akhir Ramadhan .”

( Riwayat Imam Bukhari . )

Rasulullah saw. melipat ganda amalan atau ibadah untuk menghampirkan diri kepada Allah swt. pada 10 malam akhir di bulan Ramadhan . Ini dapat dilihat dalam satu hadith yang diriwayat dari A’isyah Rha .[4]

عَنْ عَائِشَةَ قَالَتْ : كَانَ النَّبِيُّ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ إِذَا دَخَلَ اْلعَشْرُ شَدَّ مِئْزَرَهُ وَ أَحْيَا لَيْلَهُ وَ أَيْقَظَ أَهْلَهُ .

“ dari A’isyah Rha berkata : adalah Nabi saw. apabila memasuki 10 akhir Ramadhan , Baginda bersungguh – sungguh mengerjakan ibadah dan menghidupkan malamnya dan menggerakkan anak isterinya ( agar bangun beribadah )”

( Riwayat Imam Bukhari dan Imam Muslim )

Taqarrub sebagai Jambatan Nusrah.

Golongan yang hampir dan dikasihi Allah swt. sepantasnya layak menerima pertolongan dan kemenangan dalam perjuangannya untuk menegakkan agama Allah di atas muka bumi ini. Tentunya kita sangat memerlukan pertolongan dan kemenangan tersebut di kala dunia kini gersang dari rahmat Ilahi.

Tidak mudah untuk merentasi medan yang penuh cabaran dan rintangan ini melainkan pejuang yang diperkayakan dengan taufiq dan nusrah ilahi , namun untuk mendapatkan taufiq dan nusrah malah anugerah syurga itu pula hanya terbuka kepada mereka yang hampirkan diri kepada Allah swt .

“ Dan (puak Yang ketiga pula ialah) orang-orang Yang telah mendahului (dalam mengerjakan kebaikan di dunia), - Yang akan mendahului (mencapai balasan Yang sebaik-baiknya di akhirat kelak) Mereka itulah orang-orang Yang dihampirkan ( di sisi Allah ) , (Tinggal menetap) di Dalam Syurga-syurga Yang penuh nikmat.”

( Surah al Waaqia’h . Ayat : 10 – 12 )

[1] Imam Bukhari di dalam sohihnya : 253 / 2 dan Imam Muslim di dalam sohihnya 524 /1
[2] Raudhah at Tolibin 389 / 2 dan Fathul Baari 267 / 4
[3] Sohih Bukhari : 254 / 2
[4] Sohih Imam Bukhari : 255 / 2 dan Sohih Imam Muslim : 832 / 2

........................................................................

Ya Allah, pertemukan daku dengan Malam Lailatul Qadar.

bacalah lagi... ..

Saturday, September 12, 2009

Cintaku

Hari ini sudah masuk hari yang ke 22 Ramadhan, sungguh pantas masa berlalu. Ini bermakna masih berbaki 8 hari lagi untuk aku mengumpul pahala-pahala yang dijanjikan buat bekalan nanti. Aku menghitung hari-hari lalu,21 hari yang lepas, sangat kurang amalanku lakukan. Solat taraweh tidak penuh, ngaji al-quran tidak selalu, masih banyak lagi juzuknya yang perlu dihabiskan untuk khatam dalam bulan Ramadhan ni. Sempat tak habis ni? ya Allah, bantulah hambamu ini dalam mengingatimu dan melakukan amal ibadah...

اللَّهُمَّ أَعِنِّي عَلَى ذِكْرِكَ وَشُكْرِكَ وَحُسْنِ عِبَادَتِكَ

Amalan kurang bermakna pahala pun berkurang. Aku menghitung lagi, rupanya bukan sahaja pahala kurang, tetapi dosa pulak semakin bertambah. Terlalu banyak kejahatan dan maksiat yg aku lakukan dalam bulan yang berkat ini. Walaupun bulan ini syaitan-syaitan dibelengu, tetapi aku kalah pada hawa nafsu, aku tidak tahan dengan godaanya. Sangat banyak dosa2 aku!!!ya Allah ampunilah hambamu ini...

اللَّهُمَّ إِنَّكَ عُفُوٌّ كَرِيمٌ تُحِبُّ الْعَفْوَ فَاعْفُ عَنِّي

Aku hamba yang sangat lemah. Aku akan cuba untuk melawan segala godaan nafsu ini. Akan aku tinggalkan maksiat-maksiat semuanya itu. Dan aku cuba untuk sentiasa melaksanakan amalan-amalan ibadah. Semuanya ini perlukan kepada istiqamah dan semangat yang tinggi, hanya daripada Allah sahajalah aku memohon bantuan dan kekuatan.

Alhamdulillah, selepas solat subuh tadi aku diberi kekuatan oleh Allah untuk bersama dengan beberapa orang sahabat dalam kumpulan tadaruus al-Quran. Hatiku cukup tenang apabila mendengar setiap ayat-ayat al-Quran dibaca. Kalam Allah yang sangat indah membuatkan aku semakin sayang dan rindukan Allah. Ya Allah, kaulah cintaku yang hakiki.

bacalah lagi... ..

Thursday, September 10, 2009

Terimalah taubatku ini

hati hitam mengenangkan,
dosa-dosa yang ku lakukan,
oh Tuhan maha kuasa,
terima taubat hamba berdosa,

ku akui kelemahan diri,
ku insafi kekurangan ini,
ku kesali kejahilan ini,
terimalah terimalah terimalah taubatku ini,

telah aku mengatakan,
derita jiwa dan perasaan,
pernah hilang dari jalan,
menuju redhomu ya Tuhan,

ku akui kelemahan diri,
ku insafi kekurangan ini,
ku kesali kejahilan ini,
terimalah terimalah terimalah taubatku ini,

di hamparan ini ku meminta,
moga taubatku diterima,

ku akui kelemahan diri,
ku insafi kekurangan ini,
ku kesali kejahilan ini,
terimalah terimalah terimalah taubatku ini.(2x)

bacalah lagi... ..

Tuesday, September 8, 2009

بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيمِ .
الْحَمْدُ لِلَّهِ رَبِّ الْعَالَمِينَ . الرَّحْمَنِ الرَّحِيمِ . مَالِكِ يَوْمِ الدِّينِ .
إِيَّاكَ نَعْبُدُ وَإِيَّاكَ نَسْتَعِينُ .اهدِنَا الصِّرَاطَ الْمُسْتَقِيمَ .
صِرَاطَ الَّذِينَ أَنْعَمْتَ عَلَيْهِمْ غَيْرِ الْمَغْضُوبِ عَلَيْهِمْ وَلَا الضَّالِّينَ

Alhamdulillah. Pertamanya, ku panjatkan syukur ke hadrat Allah S.W.T kerana dengan limpah rahmat kurniaannya aku masih lagi dapat menikmati segala nikmatNya terutama nikmat Iman dan Islam . Keduanya, aku bersyukur kerana impian untuk memiliki sebuah blog peribadi menjadi kenyataan. Tujuan untuk mewujudkan blog adalah sebagai tempat untuk meluahkan segala perasaan dan merintih akan kelemahan dan kekurangan diri ini. Disamping itu dengan tidak langsung blog ini akan membantu aku untuk belajar menulis dan mengarang apa yang berfaedah untuk diri ini dan juga ummat semuanya. Segala-galanya akan tersimpan disini sebagai sejarah buat diriku untuk dimuhasabah dalam meneruskan hidup ini. Aku mengharapkan ada yang sedia untuk mendengar
dan berkongsi bersama-samaku.Bantulah aku dalam meneruskan perjalanan yang jauh ini, dan pandulah daku pada jalan yang hakiki.Aku ucapkan terima kasih kepada semua yang sudi melawatku dan setia menemaniku di sepanjang perjalanan ini.

bacalah lagi... ..