masuk lah...

...perjalanan ini sungguh memenatkan dan meletihkan. Terlalu banyak cabaran dan dugaan di sepanjang jalan. Aku memerlukan pemandu untuk sampai ke destinasi yang dituju. Al-Quran dan Al-Sunnah lah panduanku...

Bantulah aku dalam meneruskan perjalanan yang jauh ini, dan pandulah daku pada jalan yang hakiki. Terima kasih kepada semua yang sudi melawatku dan setia menemaniku di sepanjang perjalanan ini.

Tuesday, September 15, 2009

Malas...

Entah kenapa hari ni rasa malas je nak buat kerja, sedangkan masih banyak kerja yang perlu diselesaikan, tugas berlambak-lambak mintak dipercepatkan siapnya.

Itu kerja dunia. Amal-amal untuk bekal akhirat nanti, lagilah aku tinggal macamtu je. Hish...apa dah nak jadi kat diri aku ni? "Mungkin sebab diri yang kurang sihat ini, dengan selsema masih tak hilang semenjak 4 hari lalu", kata hati. Itu alasan je!!! sebelum ni pun, kalau badan sihat, segar megar, kerja pun tak buat jugak, bertangguh-tangguh.

Ni lah sikap aku sejak dulu lagi, malas dan suka tangguh kerja, bila lah aku nak berubah? Berubah untuk mengubah.


Wahai hati, ingatlah akan firman Allah ini :


ذَلِكَ بِأَنَّ اللَّهَ لَمْ يَكُ مُغَيِّرًا نِعْمَةً أَنْعَمَهَا عَلَى قَوْمٍ حَتَّى يُغَيِّرُوا مَا بِأَنْفُسِهِمْ وَأَنَّ اللَّهَ سَمِيعٌ عَلِيمٌ

(balasan) Yang demikian itu, ialah kerana Sesungguhnya Allah tidak akan mengubah sesuatu nikmat Yang telah dikurniakanNya kepada sesuatu kaum sehingga mereka mengubah apa Yang ada pada diri mereka sendiri. dan (ingatlah) Sesungguhnya Allah Maha Mendengar, lagi Maha mengetahui. (al-Anfal : 53)


لَهُ مُعَقِّبَاتٌ مِنْ بَيْنِ يَدَيْهِ وَمِنْ خَلْفِهِ يَحْفَظُونَهُ مِنْ أَمْرِ اللَّهِ إِنَّ اللَّهَ لَا يُغَيِّرُ مَا بِقَوْمٍ حَتَّى يُغَيِّرُوا مَا بِأَنْفُسِهِمْ وَإِذَا أَرَادَ اللَّهُ بِقَوْمٍ سُوءًا فَلَا مَرَدَّ لَهُ وَمَا لَهُمْ مِنْ دُونِهِ مِنْ وَالٍ

Bagi tiap-tiap seorang ada malaikat penjaganya silih berganti dari hadapannya dan dari belakangnya, Yang mengawas dan menjaganya (dari sesuatu bahaya) Dengan perintah Allah. Sesungguhnya Allah tidak mengubah apa Yang ada pada sesuatu kaum sehingga mereka mengubah apa Yang ada pada diri mereka sendiri. dan apabila Allah menghendaki untuk menimpakan kepada sesuatu kaum bala bencana (disebabkan kesalahan mereka sendiri), maka tiada sesiapapun Yang dapat menolak atau menahan apa Yang ditetapkanNya itu, dan tidak ada sesiapapun Yang dapat menolong dan melindungi mereka selain daripadanya. (ar-Ra'd : 11)


Wahai diri, berubahlah untukmu sendiri dan Ummah semuanya.


Ya Allah, bantulah hambamu yang lemah ini...

0 teguran dan nasihat: